Assalamualaikum..all
Sori sebab dah lama tak menulis..bukan sebab dah tak nak menulis..but sebab terlalu sibuk menguruskan anak-anak serta suami.
Bila dah balik rumah, sediakan makan tengahari, bagi anak-anak dan suami makan, rehat bersama-sama, melayan kerenah anak-anak. Alihaikal dan Nabihah dengan obsesnye terhadap Youtube ABC song and twinkle little star serta Ultraman.. Aliirfan pulak asyik melekat je dgn ibu. ya mungkin jugak sebab dia tak sihat aritu..ibu layan saja karenahnya..
Kan...bila difikirkan semula, bilalah boleh ada time dengan anak-anak dan suami. Ingin sangat melihat anak sendiri membesar depan mata. Sepanjang masa sentiasa bersama. tak perlu mintak kebenaran bos untuk amik masa bersama anak-anak dan suami..macam tak betul kan..padahal masa itu adalah hak kita. Kenapa perlu mintak izin dengan orang lain. But kita kena sedar, kita ada tanggungjawab sebagai kakitangan awam. Kena laksanakan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.
Owhh..tapi entah kenapa sejak dua menjak ni, seolah-olah tiada hati dengan apa yang lakukan, semuanya rasa terpaksa, bangun pagi bersiap-siap, angkut anak ke rumah pengasuh, terkejar-kejar dalam jem untuk elak punch card merah (akhirnye merah jugak..hehe), buat keje yang kadang-kadang lebih kepada nak cepat siapkan je, balik keje amik anak-anak then penat...
But...apa yang menyeronokkan bila berjumpa dengan insan-insan yang positif, yang dah dapat apa yang ramai orang idamkan iaitu time freedom & money freedom... Ya Allah..bilakah aku akan dapat merasai peluang sebegini....
Dalam hati ada keinginan untuk bercuti je. Ya Allah..tunjukkan jalan kepada hambaMu ini..
“Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair.”
Semoga Allah mendegar rayuan hambaMu ini...
Suatu Hari Nanti aku akan miliki apa yang aku impikan...
Amin...
ROS
0199503695
No comments:
Post a Comment