Wednesday, 26 September 2012

TAK SALAH

Assalamualaikum...all

Tak salah kita merendah diri dalam kehidupan kita, walaupun kita kaya dan berharta, sebabnye kita kena sedar kita ni hanya manusia biasa, lainla Nabi Muhammad SAW, baginda boleh sangat nak bangga diri, pandang rendah pada orang laian, tapi baginda tak nak buat begitu. Sebabnya baginda tahu akibatnye, kenapa nak berbangga diri dengan apa yang ada sedangkan semuanya milik Allah..Allah berhak untuk menarik semua yang ada bila-bila masa sahaja. Mulianya Rasulullah kita, sentiasa memberikan contoh yang baik untuk umatnya yang amat disayangi.


Kenapa kita nak bertanding-tanding menunjukkan kemewahan yang ada, kalu nak menunjuk untuk memberi semangat untuk berusaha lebih pada orang lain, itukan bagus..Sesama kita dapat merasa nikmatnye..tapi jangan lupa untuk berterima kasih dan bersyukur pada Allah.

Tak salah kalau kita senyum dan menambah kenalan, dengan cara merendah diri..ramai yang sudi berkawan dengan kita. Tu kan namanya punca rezeki. Kalu pagi-pagi mulut berat nak bertanya, nak senyum pi beli kuih kat gerai makcik jemah..ingat makcik jemah tu nak ke bagi special price..or dapat kuih lebih...sedekah namanye..haa..tak ke rezeki namanya tuh...

Tak salah kalu kita mencuba untuk dapatkan apa yang kita impikan, sebab impian itu milik kita, usaha itu milik kita, rezeki itu milik kita jika kita berusaha, cuma redha itu milik Allah...



“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39

“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)


Amin... Jom Solat Dhuha.. Semoga Allah melimpahkan semua rezeki yang halal kepada kita...

No comments:

Post a Comment